Tuesday, September 5, 2017

BAHAGIAN-BAHAGIAN DALAM PREMIUM BEAUTIFUL


Basically, Premium Beautiful ada 3 bahagian untuk dikategorikan sebagai 1 set lengkap iaitu:
  • Long Bra
  • Waist Nipper
  • Long Girdle

 Setiap satu bahagian ni ada kelebihan dan fungsinya masing-masing.
Bahagian I – Long Bra
Long Bra Premium Beautiful
LONG BRA PREMIUM BEAUTIFUL CLASSIC (BLACK)
LongBra_PBElegance
LONG BRA PREMIUM BEAUTIFUL ELEGANCE (SILVER)

Fungsi Utama Long Bra
  • Ada 3 keping jahitan cup bra yang ber'stereoskopik' yang dapat menolak breast kita ke atas, dan menyokong serta menetapkan kedudukan breast kita. Kalau pakai Long Bra Premium Beautiful ni breast yang agak besar pun memang terletak elok dan kemas je. Tak akan bergoyang-goyang walaupun kita berjalan dengan agak laju dan cepat. Sesuai sangat untuk wanita yang ada breast yang agak besar.
  • Ada rawan keluli yang berfungsi untuk menetap dan mengukuhkan kedudukan breast kita.
  • Reka bentuk yang berkuasa tekanan dan regangan berganda di bahagian depan dapat selaraskan perut yang menonjol serta meningkatkan kontur breast. Bahagian ini sangat membantu untuk kurangkan masalah perut buncit.
  • 2 batang keluli yang berfungsi untuk menyelaras dan membentuk kontur badan.
  • Reka bentuk yang berkuasa tekanan dan regangan di bahagian belakang dapat selaraskan lemak yang berlebihan. Ini untuk mengalihkan lemak pada bahagian belakang badan, kembali ke hadapan badan, supaya no more double breast.
  • Bentuk “U” yang direka khas pada bahagian belakang coli dapat menonjolkan kontur badan yang menarik. Part ini paling best, sebab bila kita pakai Long Bra Premium Beautiful, memang bahagian belakang badan kita akan jadi flat. No more extra breast / fat di bahagian belakang badan kita. Tiada lagi lemak-lemak terbonjol keluar, walaupun kita memakai pakaian yang agak longgar apatah lagi pakaian yang fit dengan badan kita (contoh pakaian yang berbentuk uniform).
  • Perhiasan berlian berbentuk rama-rama menonjolkan keunggulan produk
  • 3 pasang cangkuk untuk membuat penyelarasan yang sesuai.
Fungsi Bahagian Hadapan Long Bra
  • Rawan keluli memori berfungsi untuk menetap dan menyokong breast.
  • Lace ‘Cup’ Premium Beautiful ni ada keanjalan tau untuk elakkan breast kita dari melimpah keluar (terbonjol). Untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi (breastfeeding), hanya perlu tarik cup bra ke bawah je untuk keluarkan breast. Ini untuk elakkan breast kita daripada jatuh. Teknologi Far Infra-Red Rays (F.I.R)  yang terdapat di sini juga akan membantu supaya air susu kita tidak akan menitis-nitis atau berhenti malah akan mengoptimumkan lagi perkilangan, di mana air susu tidak terlampau berlebih dan tidak juga berkurang. Erti kata lain, dapat elakkan kita daripada terkena bengkak susu. Ouchh! Sakit tuh..
  • 2 batang keluli bermemori (kiri dan kanan di tulang rusuk) berupaya untuk menyelaras dan membentuk kontur badan. Badan akan terbentuk menjadi kon shape , pinggang akan mula terbentuk sekali gus membuatkan korang kelihatan mantap di sini.
  • Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda pada bahagian depan bra dapat menyelaras perut yang buncit lalu meninggikan kedudukan kontur breast. Haa.. kalau nak tahu, teknologi F.I.R. paling banyak ada kat sini untuk pembakaran lemak yang maximum atas perut yang buncit. Kalau ada masalah perut yang agak buncit, Insya Allah, Long Bra Premium Beautiful mampu membantu mengurangkan masalah kebuncitan itu.
Fungsi Bahagian Belakang Long Bra
  • Kedudukan dan bentuk tali yang tidak mudah jatuh (kebanyakkan jenama lain akan gagal disini). Tali ini tidak menganjal bertahun-tahun lamanya. Tidak berbekas seperti anda memakai bra biasa. Keselesaan sepanjang hari. Tali bra yang boleh diketatkan atau dilonggarkan ikut keselesaan masing-masing.
  • Rekaan bentuk “U” pada bahagian belakang bra bukan sahaja dapat menyerlahkan pandangan kurus (lemak akan menjadi tipis di sini) dari belakang badan malah juga mempercepatkan pembentukan (instant shaping) dan juga menambah kontur bahagian belakang badan. Ajaibnyer, LEMAK DEGIL yang tebal akan hilang sebaik sahaja you all memakai secara peraturan. Paling best, bila lemak bahagian belakang sudah dialihkan, bahagian belakang you all akan jadi flat dan lemak pun tidak bergegar-gegar atau terbuai-buai gitew, haa.
  • Rekaan 3 laras cangkuk membolehkan you all membuat penyelarasan yang sesuai. Bila you all berubah ke cangkuk yang terakhir (ke-3), TAHNIAH! Dee ucapkan kerana memang banyak perubahan dah berlaku kat you all. Jangan percaya! Cuba jer dulu..
  • Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda pada bahagian belakang bra dapat menutupi bahagian belakang badan, dapat menyelaraskan lebihan lemak pada bahagian belakang, masalah badan besar juga turut boleh diatasi. Lemak-lemak kat sini akan mencair dan dibakar tanpa sedar. Jika you all 'GEMUK', you all akan kelihatan ada ‘cutting’ di sini- 5 minit ‘instant result’.
Kelebihan cup Long Bra / Short Bra Premium Beautiful:
Untuk info berkenaan dengan Premium Beautiful Short Bra, you all boleh click sini: Pengenalan Kepada Premium Beautiful Short Bra.
Untuk pengetahuan you all, Cup Bra Premium Beautiful TIDAK SAMA dengan cup bra biasa ok, sebab, cup Bra Premium Beautiful berbentuk pyramid, bukan berbentuk bulat seperti cup bra biasa tau. So, apa kelebihan cup bra berbentuk pyramid ni? Kalau you all perhatikan semula, bila kita pakai bra yang biasa, nipple breast kita akan terpenyet atau tertekan ke dalam.
Berbeza sangat bila you all pakai cup bra yang berbentuk pyramid, cup bra bentuk ni akan memberi ruang pengudaraan kepada nipple you all. So, bila ada pengudaraan, lama-kelamaan, nipple you all akan jadi lebih cerah dan kembali kepada warna kulit badan kita yang asal.
Nipple tidak akan tertekan, so, dengan ini membenarkan peredaran darah yang lebih sempurna. So, from there, Insya Allah, dapat mencegah ‘BREAST CANCER’ atau kanser payudara. Insya Allah, mencegah lebih baik daripada mengubati kan.
Bukan itu jer, cup Long Bra / Short Bra Premium Beautiful ni memang boleh support breast kita, tidak kisah la hat yang kecil ke atau hat yang BESAR tu. Terletak elok je tau dalam cup bra. Tidak bergoyang-goyang sana sini.
Sebenarnya, penting sangat untuk kita memilih saiz bra yang tepat mengikut bentuk breast kita. Sebab, kalau tersalah pilih, akan mengundang banyak masalah kesihatan kepada badan kita sendiri. Boleh baca entry ini untuk lebih details: Kesan Kepada Kesihatan Jika Salah Memilih Saiz Bra.
Bahagian II – Waist Nipper
Waist Nipper Premium Beautiful
WAIST NIPPER PREMIUM BEAUTIFUL CLASSIC (BLACK)
Premium Beautiful Elegance - Waist Nipper
WAIST NIPPER PREMIUM BEAUTIFUL ELEGANCE (SILVER)

Fungsi Utama Waist Nipper
  • Ada 7 batang keluli yang dapat menyokong bahagian pinggang dan mengukuhkan tulang belakang, seterusnya memperbaiki postur badan. Sebab itu Waist Nipper ni amat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah berkaitan dengan tulang belakang, seperti back pain (sakit pada bahagian belakang badan), slip disc, scoliosis dan etc.
  • Reka bentuk ergonomik yang unik dapat menyelaraskan lemak pada bahagian pinggang ke bahagian dada dan pinggul, seterusnya menghasilkan kontur badan yang menarik. Pinggang you all lebih senang terbentuk dan kelihatan ramping bak kerengga (instant shapping).
  • Benang yang diimport dari Jepun membantu membentuk kontur badan yang menarik.
  • Reka bentuknya yang flexible dapat memberi kesan yang memuaskan berdasarkan bentuk badan seseorang. You all takkan rasa jalan macam robot ok. Memang very flexible, sehinggakan you all boleh bersenam and bersilat bila pakai Waist Nipper ni.
  • 3 pasang cangkuk membolehkan you all membuat penyelarasan yang sesuai.
  • Perhiasan Berlian berbentuk rama-rama menonjolkan keunggulan produk.

Bahagian III – Long Girdle
Long Girdle Premium Beautiful
LONG GIRDLE PREMIUM BEAUTIFUL CLASSIC (BLACK)
Premium Beautiful Elegance - Long Girdle
LONG GIRDLE PREMIUM BEAUTIFUL ELEGANCE (SILVER)
Bahagian yang paling Dee suka antara ketiga-tiga ni, sebab once pakai, memang lemak area bahagian perut akan kempis sedikit. Fuh, itu belum lagi pakai one complete set. Memang sedap sangat, sebab lemak area punggung  terletak kemas and tidak bergoyang-goyang.

Fungsi Utama Long Girdle
  • 32 keping jahitan 'stereoskopik' yang menggunakan teori tekanan untuk tumpukan kembali lemak yang tersebar ke tempat asal.
  • Reka bentuk di bahagian pinggul yang unik dapat memperbetulkan punggung yang kendur dan membentuk kontur pinggul yang lebih menarik. Memang punggung you all akan jadi lebih mantap dan lebih ‘up’.
  • Membahagikan garisan di bahagian paha dan pinggul, menumpukan lemak yang berlebihan di paha ke dalam cawan pinggul dan seterusnya menghasilkan kontur pinggul yang menarik. Yang ni part paling best, sebab lemak peha tidak berlaga-laga sesama sendiri. Kalau peha yang besar, keadaan ini sangat normal, sehingga boleh melecet, jadi merah-merah area peha yang berlaga tu and paling teruk ada yang sampai boleh luka tau.
  • Kapas yang ditambah pada bahagian dalam seluar dapat memperbaiki kontur pinggang agar kelihatan lebih ramping.
  • Perhiasan Berlian berbentuk rama-rama menonjolkan keunggulan produk.
  • Mampatan yang tetap ke atas abdomen pada seluar di bahagian perut dapat memecahkan lemak yang berlebihan dan menyelaraskan perut yang menonjol.
  • Reka bentuk yang menggunakan kuasa tekanan dapat menyelaraskan lemak di bahagian dalam dan luar paha, membentuk kontur kaki yang cantik.
  • Penggunaan 2 lapisan kain kapas yang berongga membolehkan peredaran udara yang baik dan selesa dipakai. Jangan tak tau, part ni memang direka khas untuk keselesaan di bahagian sulit kaum wanita.
  • Penggunaan renda (lace) yang flexible dapat mengelakkan Long Girdle ni daripada tergulung dan menghasilkan garisan-garisan di bahagian paha you all.
Fungsi Bahagian Hadapan Long Girdle
  • Lubang angin akan memberi kesan selesa yang berpanjangan, mengawal keputihan, fungus dan bau yang tidak menyenangkan. You all akan sentiasa rasa ‘hygenic’.
  • Di mana fabrik yang paling tebal berada, di situ lah teknologi Far Infra-red Rays (F.I.R.) paling banyak berada. Ini akan memberi kesan maksimum terhadap pembakaran lemak tebal di perut. Di samping itu, ia akan memberi kesan memampat serta mengemaskan lemak-lemak yang menggeleber. So, dapat mengurangkan masalah perut buncit.
  • Rekaan mampatan dwi-lapisan berfungsi menyelaras lemak pada sekitar peha, membentuk kontur peha yang menarik.
  • Renda exclusive yang tahan lasak dan kawasan sekitarnya sangat unik. Tidak akan bergulung, melipat atau tertarik ke atas seperti girdle lain. You all tak perlu turunkan kaki girdle sebab automatik girdle tu akan menetap kat situ dari start pakai sehinggalah waktu ditanggalkan. Seriously, Long Girdle Premium Beautiful memang tidak akan bergulung.
Fungsi Bahagian Hadapan Long Girdle
  • Love Shape’ nipis untuk membentuk pinggul yang seksi lagi montok dan menaikkan pinggul (uplift). Menjadikan punggung lebih sexy dan menawan. Auww!
  • Penggunaan renda yang flexible, mengelakkan perasaan tidak menyenangkan akibat pergeseran dengan benang seluar.
  • Mengasingkan kontur peha dan pinggul, mengagihkan lebihan lemak pada peha ke dalam cawan pinggul dan membentuk kontur pinggul yang sempurna. So, tiada lagi masalah peha berlaga ketika berjalan. Memang masalah peha berlaga-laga ini sangatlah tak selesa. Sampai melecet pun ada.
Kelebihan Long Girdle Premium Beautiful
  • Mencegah kanser rahim / serviks.
  • Mengecutkan cysts / fibroid jika dikesan di peringkat awal.
  • Menyokong sistem peranakan (naikkan rahim yg jatuh).
  • Menyuburkan dan menyihatkan rahim.
  • Menyeimbangkan hormon (betulkan hormon)
  • Membantu menyelesaikan masalah haid yang tidak teratur dan masalah senggugut yang teruk.
  • Mengurangkan masalah keputihan.
Memang Dee sangat-sangat sarankan wanita di luar sana  untuk memakai Long Girdle Premium Beautiful ni, especially yang bekerja secara duduk sepanjang masa. Sebab pemakaian Long Girdle Premium Beautiful ni juga boleh mengurangkan masalah punggung lebar.
Premium Beautiful Elegance
Kalau you all nak tahu price Premium Beautiful untuk badan you all, you all boleh ambil measurement berdasarkan link ini: Premium Beautiful – Ukuran, Pemakaian & Penjagaan, and after that, you all boleh 
Whatsapp DEE @ 013 – 305 1982 (Dee) untuk  tentukan sizes and price Premium Beautiful you all. Sebab harga Premium Beautiful ini bergantung kepada size setiap bahagian, and which version yang you all nak.
Ada yang kata, Premium Beautiful ini harganya agak tinggi. Bagi Dee, harga Premium Beautiful ini sebenarnya agak BERPATUTAN. Tidak terlalu mahal (mahal lagi iPhone you all), and tidak juga dikategorikan sebagai terlalu murah. Sebab Dee pandang pada long term. Cuba you all bayangkan, material Premium Beautiful ini boleh diguna pakai selama bertahun-tahun, and boleh plak dihantar baiki secara PERCUMA kalau ada sebarang kerosakan. Yup! Free of Charge jer..Best kan? Kalau difikirkan balik, especially untuk kesihatan dalaman kita, sebenarnya Premium Beautiful ini boleh dikatakan agak MURAH sebenarnyer.
Kalau you all nak tau apa lagi yang Premium Beautiful ni boleh bantu, you all boleh baca link ini: Lain-Lain Mengenai Premium Beautiful. 
Memang terlalu banyak sangat testimonial Premium Beautiful di luar sana, merangkumi setiap aspek daripada berpantang hingga ke reshape badan, period tidak teratur, membantu menyuburkan rahim, slip disc and banyak lagi.
Pastikan dapatkan Service Consultation PERCUMA tentang Premium Beautiful dari Dee ya.
In case kalau you all ada any other questions about Premium Beautiful, boleh directly contact Dee at: 013-305 1982 (Dee), or you can always email me atradhiahrajimin@gmail.com 

Dee sedia bantu you all untuk sentiasa tampil cantik dan sihat.

xoxo,
Radhiah Rajimin
Your No. 1 Certified Premium Beautiful Expert

Saturday, May 6, 2017

SABUN MAGIK SABUN EZICLEAN SERBUK PENCUCI PEKAT LAUNDRY

Assalamualaikum WBT..
Hai korang.. Post kali ni Dee nak cerita pasal salah satu tugas hakiki Dee as a Mompreneur ni.. Tugas paling wajib semua ibu-ibu kat luar sana kene buat hari-hari.. haa..cer teka ape dia kalo ibu-ibu sume pandai..
Yup! Membasuh, Mencuci dan Menyental.. (3M)..haha


Kalau ibu-ibu yang dok kat rumah, hari-hari ada ja kain yang nak dibasuh.. kalau ibu-ibu yang bekerja pulak kadang-kadang 3hari sekali membasuh takpun pool kan semua kain, hujung minggu baru basuh beramai-ramai kann..

Tapikan Dee nak tanya sikit, ibu-ibu nak tak buat kerja senang??
Senang bila basuh kasut sekolah anak, Senang bila tak payah lagi sental kesan kotoran degil, Senang hati bila tengok semua jadi bersih mengerlip..
Ibu-ibu hanya cuma perlu...
"RENDAM RENDAM BERSIH"

Haa..ni yang best nya Sabun EziClean yang Dee guna ni 👍👍👍


EziClean Laundry, EziClean Floor & Toilet, EziClean Dishwash
Meh sini Dee nak share apa yang terbaik sangat pasal Sabun EziClean ni sampai buat ibu-ibu kat luar sana dah tak pandang lagi sabun-sabun basuh baju yang melambak kat pasaran sekarang ni.

Jujur Dee bagitau yer, kalau bab membasuh kasut sekolah yang kepam tu ke, baju kotor yang ada kotoran-kotoran degil (minyak, karat, coklat, darah..etc) yang susah nak hilang tu, memang Sabun Eziclean ni magikkk sesangatttt 😍
Apa tak nya? Tak payah dah ibu-ibu nak bersusah payah berusaha tenyeh sangat sampai nak terkeluar otot-otot kat tangan tu kann..hihi
Untuk yang tak pernah dengar pasal Sabun Eziclean ni, thanks tau sudi jengah blog Dee yer. Dee terangkan sikit lah apa dia Sabun Eziclean ni kan, kenapa sampai jadi viral orang panggil dia #SabunMagik nihh
Dee percaya, ramai ibu-ibu yang macam Dee jugak pening nak fikir macam mana lagi laa cara nak putihkan baju dan kasut sekolah anak-anak. Jenuh juga nak sental daki-daki pada celahan leher baju sekolah anak-anak, kemeja suami, siku dan poket baju, comot-momot kesan tumpahan makanan, itu belum masuk lagi part anak-anak yang makan coklat lap kat baju, makan aiskrim meleleh kat baju..  Betul tak? 

Jalan pintas untuk baju putih – terpaksa guna kaedah Bleaching (Clorox)! Kalau tangan jenis alah pada sabun peluntur, habis lah jadi kering, mengelupas, gatal-gatal kann. Risau juga boleh merosakkan kulit (disebabkan bahan kimia dan kadar asid yang tinggi) dan tak pasal-pasal allergik pulak tangan kita. Memang tak dinafikan, baju tu memang putih, tapikan baju yang putih bersih tadi tadi lama-lama boleh jadi  semakin menipis dan jarang, silap hari bulan boleh terkoyak sbb kain tu jadi rapuh. Baju sekolah zaman skg ni harga pon boleh tahan juga tau, takkan nak beli sampai berpasang-pasang. Especially baju sekolah yang branded-branded tu kannnn. Selagi boleh jimat, why not kita cari solusi permasalahan kita as ibu-ibu ni, betul tak?
Tak payah pening-pening lagi dah. Masalah ibu-ibu tu dah boleh di-settle-kan dengan Sabun Eziclean ni jer!

Dee nak Highlight kan kenapa Sabun Eziclean ni best sangat untuk ibu-ibu:


1# Rumusan Dwienzim
>>> Amat BERKESAN  menyingkirkan kotoran yang mengandungi protein dan kanji seperti telur, kuah, darah, coklat, minyak dan sebagainya.

2# Formula Anti Bakteria
>>> Mencegah bau busuk, Menyahkuman & Menjadikan kain dan pakaian Berbau SEGAR  dan BERSIH.

3# Rumusan Pekat & Kurang Buih
>>> 
MeMUDAHkan pembasuhan & MenJIMATkan MASA dan AIRSabun Eziclean ni MESRA ALAM, formulasinya memang kurang buih, mudah nak bilas tapi sentiasa wangi dan tidak berbau hapak. Jimat Masa, Tenaga & Air. Dee pernah rendam baju kotor Dee 3 hari dalam sabun ni and terbukti memang air rendaman dari Eziclean ni tidak berbau busuk.

4# Rumusan Tanpa Klorin @ Caustic Soda


>>> Sesuai untuk Fabrik Tiruan dan Bahan Celupan (Batik & Dye). Wana baju TIDAK luntur malah nampak macam BARU 👍 (Tak payah risau dah kalau baju kita turun warna terkena dengan baju lain).. InshaAllah, Tangan kita pun selamat tak rosak!
Apa benda Caustic Soda tu? 
Caustic Soda ni sejenis Klorin atau Agent peluntur yang biasanya digunakan dalam industrial usage. Selalu premis-premis kilang memang guna untuk bersihkan lantai kilang. 



Senarai bahan mengikut pH

Caustic Soda ni mempunyai tahap skala tertinggi untuk range measurement pH iaitu pH14 ! Memang tak sesuai digunakan selalu, yelah tahap pH normal atau neutral is 7 je tau. Uiii...rosaklah kulit tangan selembut bayi kita ni kalau hari-hari duk terkena sabun peluntur! Tapi ibu-ibu tak perlu risau lagi lah sebab Sabun Eziclean BEBAS unsur soda ni.

5# Formula Anti Karat

>>> MeLINDUNGi Mesin basuh & Pakaian serta Mudah larut dalam air

Dee memang tak suka guna sabun serbuk sebab selalu bila habis je spin baju and time nak sidai mesti terjumpa bahagian baju yang bercapuk-capuk dengan sabun serbuk yang berketul pastu melekat plak kat permukaan baju akibat dari sabun serbuk yang tak larut betul masa membasuh. Biasa berlaku bila kita nak cepat and terlupa nak larutkan sabun serbuk dulu dalam air sebelum mula membasuh baju guna mesin basuh.

Akibatnyer terpaksalah basuh semula baju-baju tu.. Dah dua-tiga kali kerja plak nak kena buat.. Nampak tak pembaziran Masa, Tenaga & Air kat situ..isk Sebab tu dulu, Dee lebih prefer sabun detergent jenis Liquid. Agak lama jugak Dee tak guna sabun serbuk, sampailah kenal dengan Sabun Eziclean ni 😍


Kalau nak tahu, Sabun Eziclean bukan sekadar untuk basuh baju and kasut sekolah je tau. Any fabrics pun boleh KECUALI 100% Silk (Sutera). Dee tak suggest basuh sutera dengan sabun ni sebab memang sepatutnya kita basuh kain sutera ni dengan special detergent. Takpun nak senang pakai jer Premium Beautiful Wash untuk kain sutera lagi senang..hehehe..

Banyak testimoni Sabun Eziclean ni boleh guna untuk bersihkan kesan conteng pada dinding, jadikan papan pemotong daging bersih, basuh kasut getah Crocs, buat jadi spray lantai lah... Ehh.. senang cerita memang macam-macamlah sabun ni boleh basuh ibu-ibu! 

Bawah ni semua contoh TESTIMONI dari Customer Dee yang memang sangat-sangat berpuas hati dengan Sabun Eziclean ni 😍

HARGA SABUN EZICLEAN
1 pack hanya RM23
Berat 1 kg = 50 kali cucian (Sangat menJIMATkan!)
FREE ~ 1 skop sudu 
Self Pick Up area Presint 15 PUTRAJAYA
COD: Putrajaya/Cyberjaya/Serdang/Seri Kembangan/Bangi
: Seremban / Senawang / Rembau / Pedas (Weekend sahaja)
Kalau ada yang nak by POS LAJU pun boleh. Postage fee untuk Sabun Eziclean 1 pack ialah
RM10 (SM) / RM15 (SS)

Tuesday, April 18, 2017

CARA MUDAH DAN CEPAT MEMASAK ONTIME

TIPS MUDAH MASAK ONTIME (PART 1)
=============================

Ok..Hari ni Dee nak share Tips dari dapur sket..
Basically Tips ni untuk orang yang kesuntukan masa untuk masuk ke dapur. 
Memang sesuai sangattt untuk dipraktikkan oleh ibu-ibu yang bekerjaya luar sana.. 

Macam Dee.. banyak sangat urusan nak disetelkan sebelum masuk dapur.. urusan anak-anak, urusan kain baju, urusan kemas rumah luar dalam..tu tak masuk lagi urusan bisness, urusan melalui telefon (work from home mom lah katekan..fuhhh). Baca pon da nampak ke-busy-an dia belum tengok lagikan..haha

Tak Cekap kat dapur memang tak dapatlah nak sempat masak ontime nyer. Kalau kita Cekap kat dapur memang nak ambil masa masak 2-3 lauk tu boleh siap dalam masa 30 minit jer korang.. 
Serius Dee tak tipuuu... 

Macam Umi Dee atau MIL Dee la kalau masak, sekejap je da siap..
Dala sedap glerr, berjenis-jenis pulak tu yang kuar dari dapur..

Kerja kat Dapur ni memang memerlukan KEBIJAKSANAAN dan PERANCANGAN AWAL..
MULTITASKING SKILL  pon memang kena tinggi untuk Cekap memasak kat dapur ni..

Contoh:
Sebelum mulakan tugas hakiki yang lain, Dee da jerang dulu nasi siap-siap. Keluarkan dan defrost bahan basah untuk menu hari tu walaupon nak masak apa hari tu tak sure lagi kan..hihi lepas tu
Sambil potong bawang, Sambil tu panaskan kuali dan letak minyak..
Sambil bersihkan ayam, Sambil tu tumis sayur..
Sambil memasak, Sambil kemas dapur + cuci periuk belanga yang dah guna sebelum tu..

Macam tulah.. memang kene CEKAP! Kena buat 2-3 kerja dalam masa yang sama. Sambil masak, sambil otak berjalan nak buat apa lepas tu and lepas tu..

Dee selalu buat camni, sambil nak tunggu lauk masak, sambil bancuh air panas@sejuk satu jug..

Kengkadang tu sempat lagi tumis bawang sambil bersihkan singki dapur. So, lepas masak tu takdelah kepala serabut tengok sinki penuh dengan pinggan mangkuk periuk belanga dalam tuh..

>>Tips ni memang Dee dah amalkan dan rasai sendiri keberkesanannya..cewahh! Ape taknyer Dee sekarang dah..
# Mampu masak makanan best-best untuk family boleh kata untuk setiap hari tau.
# Masa yang diluang kat dapur memang less than 1 hour
# Dapur tak bersepah dan tak perlu basuh banyak kitchen utensils (perut kenyang, hati pon senang)
# Kerja kat dapur lebih Sistematik dan Terurus
# Lebih banyak masa terluang untuk anak dan tak lepak lama kat dapur
# Shopping barang dapur lebih cepat dan jimat 
# Bagus untuk bajet mingguan atau bulanan korang

Cara nak dapat semua pakej kat atas tuh, senang jer..
InshaAllah..memang akan terasa senangnyer dalam hati dan mudah rupanyer nak memasak ontime ni.

Korang follow jer tip-tip macam kat bawah ni..

1// Rancang menu untuk 1 Minggu bukan untuk 1 Hari yer 📆
(Rancang dulu, Buat ke tak menu tu belakang kira)

>>Macam Dee, hari Ahad setiap minggu adalah hari topup day utk barang-barang keperluan dapur samada barang basah mahupun barang kering.. (termasuklah barang bukan keperluan dapur, pempaham sendirilah..haha)

>>Fikir bajet, khasiat setiap menu and of course fikir juga untuk kesihatan keluarga korang.

>>Biasa Dee akan prepare 1@2 lauk je untuk sekali makan (kebiasaannya 2 lauk la, 1 sayur + 1 protein), yang penting seimbang ada karbohidrat (nasi), protein (ayam/ikan/udang/sotong) dan vitamin (sayur/buah).

>>Macam Dee yang WFHM ni memang takda istilah hari cuti memasak.. selalu kalau nak hari cuti memasak ni Dee kena request dulu dengan cik Abam..haha tapi jarang sangat lah nak dapat hari cuti tuh sebab cik Abam suke sangat makan air tangan isteri daripada air tangan kedai.. lagi jimat and sodapp katenyer..haha

>>Selalu Dee akan shopping barang dapur setiap hari Ahad.
Tempat WAJIB pergi kat Pasar Borong Selangor @ GIANT Seri Kembangan. Borong untuk 2 minggu sekali terus (memang bajet peti sejuk kat rumah tu besar gedabak agaknyer) 

>>But sometimes depends pada kelapangan dan bajet bulanan Big Boss. Kalau balik kampung hujung minggu biasanya tak shopping barang dapur sebab confirm akan bawa hasil tangkapan yg lagi FRESH dari rumah Umi atau MIL..haha. 
Bajet sekali shopping barang dapur utk 2 minggu adela RM200 gitu by Cash/Debit jer

2/ Siapkan semua bahan dapur sejurus balik dari pasar 💪

>>Ok, yang ni adalah part yang paling mencabar sebabnyer masa part ni selalu gangguan syaitonirrajimmm (penyakit MALAS/PENAT/LECEH) tu akan menjelma dengan tetiba..haha
Masa ni lah senang nak create ALASAN yang tak munasabah, setelkan anak-anaklah..bapak anaklah.. tak sempatla.. dan etc..
Macam barang basah (ayam/ikan/udang/sotong etc..) 

>>Sometimes kalau kat pasar borong tu kita boleh request dorang tolong siangkan ikan atau potongkan ayam ikut berapa bahagian yang kita nak siap-siap.. kecuali udang atau sotong tu memang kene siang sendiri kat rumah ler..

>>Sesampai je kat rumah, cepat-cepat siang atau bersihkan bahan bahan basah mana yang patut tu sementara masih fresh lagi.
Supaya nanti masa nak masak, tinggal defrost and masuk dalam kuali terus tak payah dah buang masa nak siang or terhegeh-hegeh bersihkan lagi..
>>Ok itu untuk barang basah, untuk barang kering macam bebawang, sayur-sayur pon kena basuh, tos dan potong @ kupas siap-siap.

>>Bawang besar Dee akan kupas dan potong dalam 5-10 biji macam tu pastu letak minyak + garam sket, blend sampai hancur (jangan letak air nanti cepat rosak dan tak tahan lama). 

>>Bawang putih pulak, Dee selalu akan campur dengan halia sket, sama jugak blend dgn minyak pastu. 

>>Cili kering, biasa Dee akan buat dua bahagian satu blend kering (utk tumis), satu blend basah (utk cili boh).. yang blend basah ni biasa lepas da blend tu, dee akak masak kjap atas dapur utk keringkan air dia sket pastu letak garam dan asam keping utk bagi cili tu tahan lama dan sedap.

3/ Semua bahan yang dah siap Disiang, Dipotong, Disimpan dan Dilabel kat bekas ikut hari.
(Nak bahagikan ikut hari yang korang nak masak pon boleh)

>>Last but not least..Da sampai part yang agak tedious sket tapi prinsip Dapur Dee, biar leceh sekarang, Jangan leceh kemudian..

>>Ok cara nak simpan barang basah dalam freezer plak, simpan dalam plastik atau container yang berasingan. Macam Dee, sebab peti sejuk kat rumah ni version lamanyer peti sejuk, ruang sejuk beku tak berapa nak luas, so nak jimat ruang, Dee pakai plastic untuk  letak sandwich tu (Giant) atau plastic bungkus double safety (IKEA) untuk simpan barang barang basah ikut keperluan memasak..
Contoh:
>>Kalau Dee beli ikan kembung 12 ekor, Dee akan bahagikan 3 ekor ikan seplastik, boleh dapat 4 bungkus untuk 4 kali masak. Kalau ayam plak, Dee suke bahagi2 kan ikut bahagian, 1 bahagian tu Isi jer (pecah 2 plastik), 1 bahagian tu plak part Isi+Tulang include leher/ kaki/hempedal/jantung etc and 1 part lagi tu, Dee panggil the Best Part untuk (wing & drumstick) jer.

>>So nanti bila Dee nak masak, Dee cuma keluarkan 1 bahagian plastic ikan/ayam yang nak dimasak jer. Tak perlu nak defrost semua sekali. Barang basah akan cepat rosak kalau kita defrost-freeze-defrost-freeze banyak kali.

>>Cara nak simpan sayur plak berbeza sket. Sebab sayur cepat rosak lepas dipotong. So untuk bagi dia tahan lama dan kekalkan kesegaran dia, kita kena balut dia pakai Aluminium Foil. Sayur yg mudah berair, balut dalam aluminium foil yang berasingan ikut spesies dorang jer macam contoh tomato dgn tomato gituu..

>>Dee guna Heavy Duty Aluminium Foil jenama Diamond sebab dia tebal dan tahan lasak. Bila unfold banyak-banyak kali pon tak koyak. Boleh reuse balik, basuh dan guna berkali-kali. Jimat dah kat situ.

>>Sekian sahaja 3 Tips Mudah Masak Ontime yang tak seberapa dari Dee ni. Fuhh.. panjang jugak Dee bebel kat sini 
😂. Terima kasih korang gigih baca sampai habis..

>>Dee harap lepas ni korang yang supermom, super busy out there boleh cuba malkan tips-tips ni so kehidupan korang akan lebih bersistematik, lebih bersemangat dan lebih gembira..Yeayy!!

Lots of Love from Me..XOXO
Till we met again in my next post.. Tata
TERTer

Tuesday, January 24, 2017

MARINE ESSENCE BEAUTY BAR


Marine Essence Beauty Bar



Bar Kecantikan Marine Essence dirumus khas untuk menyihatkan, melembapkan dan meremajakan kulit. Ia diperkaya dengan antioksidan dan minyak asli untuk memberikan manfaat yang terbaik untuk kulit.

Bar kecantikan Marine Essence memanjakan kulit sambil menghidratkan dan melembutkannya. Kulit terasa selembut sutera apabila disentuh.

Diinspirasi daripada bentuk organik kerang laut dengan haruman yang menawan, Bar Kecantikan Marine Essence pasti merangsang anda menggunakannya setiap hari!




Sabun Marine Essence, atau nama sebenarnya Marine Essence Beauty Bar, atau nama glamour, Sabun Ketiak, berwarna hijau dan merupakan sabun organik, sesuai untuk yang mengalami masalah berikut:


  • Ketiak berbau
  • Bau badan
  • Celah ketiak, leher, lutut dan kelengkang yang gelap
  • Eczema
  • Kulit sensitif dan ruam pada badan
  • Jerawat pada muka dan badan

Fungsi Marine Essence Beauty Bar:

  • Menghilangkan bau badan
  • Mengurangkan masalah kulit sensitif seperti eczema dan ruam
  • Mengurangkan masalah jeragat dan parut pada badan seperti parut demam campak (chicken pox), kudis dan lain-lain
  • Mengecutkan jerawat pada badan dan muka
  • Menghilangkan tompok hitam pada celah badan seperti celah ketiak, celah peha dan celah leher
  • Mencerahkan kulit badan
  • Mengurangkan parut stretch marks pada badan
  • Mengurangkan selulit pada peha
  • Kulit lebih lembap & tidak berminyak

Kandungan Utama dan Fungsi:

Garam Buluh
  • Sumber kaya dengan mineral dan Antioksidan untuk kulit.
  • Anti-bakteria, Anti-alergi, Anti-keradangan.
Pheno-SFE TM (Ekstrak The Pu-erh)
  • Terkenal dengan Antioksidan dan sifat-sifat pemulihan untuk menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel kulit. (Anti penuaan)
  • Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit dengan menjaganya agar tetap sihat dan muda untuk masa yang lebih lama.
Ekstrak Liquorice
  • Mengurangkan perubahan warna kulit dan bintik-bintik hitam.
  • Mencerahkan pigmentasi kulit.
Minyak Tea Tree
  • Anti-bakteria, Anti-kulat.
Vitamin E
  • Antioksidan, Anti-penuaan.
  • Menyembuhkan kulit yang bermasalah dan rosak dengan berkesan.
Gliserin
  • Tidak mengeringkan kulit. Sebaliknya, ia menarik kelembapan daripada udara ke dalam kulit
  • Merupakan pelembap kulit yang terbaik.
Aloe Vera
  • Kebolehan untuk menyembuhkan dan merangsang pembaharuan sel-sel kulit pada kulit yang bermasalah.

Cara Penggunaan:

Basahkan sehingga berbuih. Kemudian sapukan kepada kulit. Bilaskan dengan air sehingga bersih.

Cara Penyimpanan:

Simpan di tempat dingin dan kering. Letakkan di tempat yang kering selepas digunakan.

Sesuai untuk semua peringkat umur. Bayi, kanak-kanak, orang dewasa dan warga tua.


HARGA MARINE ESSENCE BEAUTY BAR:

MARINE ESSENCE BEAUTY BAR
1 biji RM40
3 biji RM120

Satu kotak mengandungi 3 ketul sabun. Seketul boleh tahan dalam 3-4 minggu, bergantung kepada penggunaan kita, so sekotak boleh tahan up to 3 months.

Disebabkan Sabun Marine Essence ini adalah organik, so kalau kena udara, memang akan cepat kecut. So, ada juga customer Dee yang akan potong Sabun Marine Essence ini 3-4 bahagian, and akan guna 1 bahagian dulu, lebihan 2-3 bahagian akan dibalutkan kembali dan disimpan di dalam kotak, untuk bagi tahan lebih lama. Cara macam ni pon boleh. Terpulang.


So, memang ramai yang mencari sabun ini untuk digunakan kepada anak-anak mereka yang mengalami masalah kulit sensitif seperti ruam dan eczema.

Selalunya orang akan tanya Dee, apa beza Sabun Bar Marine Essence dengan Marine Essence Nourishing Body Wash? Basically, fungsi kedua-dua sabun ini adalah sama, dan memberikan kesan yang sama, cuma ia berbeza dari segi bentuk sahaja. Satu bentuk bar atau ketul, dan satu lagi bentuk cecair. So, terpulang kepada pengguna, yang mana satu yang lebih korang selesa and prefer.

Okay, sebagai tambahan Dee nak bagitau yang Marine Essence Beauty Bar ni jugak telah memenangi Readers Choice Award 2015 for Best Beauty Bar in Natural Health Magazine.




TESTIMONIALS
Dekat sini Dee nak share a few testimonials mengenai our hot and killer product, Sabun Marine Essence, atau nama 'glamour' nya, Sabun Ketiak/ Sabun Hijau.




For those yang ingin membeli Marine Essence Beauty Bar / Sabun Marine Essence, boleh directly contact Dee at: 013-305 1982 (DEE) or you can email me at: radhiahrajimin@gmail.com

BAHAGIAN-BAHAGIAN DALAM PREMIUM BEAUTIFUL

Basically, Premium Beautiful  ada  3 bahagian untuk dikategorikan sebagai 1 set lengkap iaitu: Long Bra Waist Nipper Long Girdle ...