Tuesday, April 18, 2017

CARA MUDAH DAN CEPAT MEMASAK ONTIME

TIPS MUDAH MASAK ONTIME (PART 1)
=============================

Ok..Hari ni Dee nak share Tips dari dapur sket..
Basically Tips ni untuk orang yang kesuntukan masa untuk masuk ke dapur. 
Memang sesuai sangattt untuk dipraktikkan oleh ibu-ibu yang bekerjaya luar sana.. 

Macam Dee.. banyak sangat urusan nak disetelkan sebelum masuk dapur.. urusan anak-anak, urusan kain baju, urusan kemas rumah luar dalam..tu tak masuk lagi urusan bisness, urusan melalui telefon (work from home mom lah katekan..fuhhh). Baca pon da nampak ke-busy-an dia belum tengok lagikan..haha

Tak Cekap kat dapur memang tak dapatlah nak sempat masak ontime nyer. Kalau kita Cekap kat dapur memang nak ambil masa masak 2-3 lauk tu boleh siap dalam masa 30 minit jer korang.. 
Serius Dee tak tipuuu... 

Macam Umi Dee atau MIL Dee la kalau masak, sekejap je da siap..
Dala sedap glerr, berjenis-jenis pulak tu yang kuar dari dapur..

Kerja kat Dapur ni memang memerlukan KEBIJAKSANAAN dan PERANCANGAN AWAL..
MULTITASKING SKILL  pon memang kena tinggi untuk Cekap memasak kat dapur ni..

Contoh:
Sebelum mulakan tugas hakiki yang lain, Dee da jerang dulu nasi siap-siap. Keluarkan dan defrost bahan basah untuk menu hari tu walaupon nak masak apa hari tu tak sure lagi kan..hihi lepas tu
Sambil potong bawang, Sambil tu panaskan kuali dan letak minyak..
Sambil bersihkan ayam, Sambil tu tumis sayur..
Sambil memasak, Sambil kemas dapur + cuci periuk belanga yang dah guna sebelum tu..

Macam tulah.. memang kene CEKAP! Kena buat 2-3 kerja dalam masa yang sama. Sambil masak, sambil otak berjalan nak buat apa lepas tu and lepas tu..

Dee selalu buat camni, sambil nak tunggu lauk masak, sambil bancuh air panas@sejuk satu jug..

Kengkadang tu sempat lagi tumis bawang sambil bersihkan singki dapur. So, lepas masak tu takdelah kepala serabut tengok sinki penuh dengan pinggan mangkuk periuk belanga dalam tuh..

>>Tips ni memang Dee dah amalkan dan rasai sendiri keberkesanannya..cewahh! Ape taknyer Dee sekarang dah..
# Mampu masak makanan best-best untuk family boleh kata untuk setiap hari tau.
# Masa yang diluang kat dapur memang less than 1 hour
# Dapur tak bersepah dan tak perlu basuh banyak kitchen utensils (perut kenyang, hati pon senang)
# Kerja kat dapur lebih Sistematik dan Terurus
# Lebih banyak masa terluang untuk anak dan tak lepak lama kat dapur
# Shopping barang dapur lebih cepat dan jimat 
# Bagus untuk bajet mingguan atau bulanan korang

Cara nak dapat semua pakej kat atas tuh, senang jer..
InshaAllah..memang akan terasa senangnyer dalam hati dan mudah rupanyer nak memasak ontime ni.

Korang follow jer tip-tip macam kat bawah ni..

1// Rancang menu untuk 1 Minggu bukan untuk 1 Hari yer 📆
(Rancang dulu, Buat ke tak menu tu belakang kira)

>>Macam Dee, hari Ahad setiap minggu adalah hari topup day utk barang-barang keperluan dapur samada barang basah mahupun barang kering.. (termasuklah barang bukan keperluan dapur, pempaham sendirilah..haha)

>>Fikir bajet, khasiat setiap menu and of course fikir juga untuk kesihatan keluarga korang.

>>Biasa Dee akan prepare 1@2 lauk je untuk sekali makan (kebiasaannya 2 lauk la, 1 sayur + 1 protein), yang penting seimbang ada karbohidrat (nasi), protein (ayam/ikan/udang/sotong) dan vitamin (sayur/buah).

>>Macam Dee yang WFHM ni memang takda istilah hari cuti memasak.. selalu kalau nak hari cuti memasak ni Dee kena request dulu dengan cik Abam..haha tapi jarang sangat lah nak dapat hari cuti tuh sebab cik Abam suke sangat makan air tangan isteri daripada air tangan kedai.. lagi jimat and sodapp katenyer..haha

>>Selalu Dee akan shopping barang dapur setiap hari Ahad.
Tempat WAJIB pergi kat Pasar Borong Selangor @ GIANT Seri Kembangan. Borong untuk 2 minggu sekali terus (memang bajet peti sejuk kat rumah tu besar gedabak agaknyer) 

>>But sometimes depends pada kelapangan dan bajet bulanan Big Boss. Kalau balik kampung hujung minggu biasanya tak shopping barang dapur sebab confirm akan bawa hasil tangkapan yg lagi FRESH dari rumah Umi atau MIL..haha. 
Bajet sekali shopping barang dapur utk 2 minggu adela RM200 gitu by Cash/Debit jer

2/ Siapkan semua bahan dapur sejurus balik dari pasar 💪

>>Ok, yang ni adalah part yang paling mencabar sebabnyer masa part ni selalu gangguan syaitonirrajimmm (penyakit MALAS/PENAT/LECEH) tu akan menjelma dengan tetiba..haha
Masa ni lah senang nak create ALASAN yang tak munasabah, setelkan anak-anaklah..bapak anaklah.. tak sempatla.. dan etc..
Macam barang basah (ayam/ikan/udang/sotong etc..) 

>>Sometimes kalau kat pasar borong tu kita boleh request dorang tolong siangkan ikan atau potongkan ayam ikut berapa bahagian yang kita nak siap-siap.. kecuali udang atau sotong tu memang kene siang sendiri kat rumah ler..

>>Sesampai je kat rumah, cepat-cepat siang atau bersihkan bahan bahan basah mana yang patut tu sementara masih fresh lagi.
Supaya nanti masa nak masak, tinggal defrost and masuk dalam kuali terus tak payah dah buang masa nak siang or terhegeh-hegeh bersihkan lagi..
>>Ok itu untuk barang basah, untuk barang kering macam bebawang, sayur-sayur pon kena basuh, tos dan potong @ kupas siap-siap.

>>Bawang besar Dee akan kupas dan potong dalam 5-10 biji macam tu pastu letak minyak + garam sket, blend sampai hancur (jangan letak air nanti cepat rosak dan tak tahan lama). 

>>Bawang putih pulak, Dee selalu akan campur dengan halia sket, sama jugak blend dgn minyak pastu. 

>>Cili kering, biasa Dee akan buat dua bahagian satu blend kering (utk tumis), satu blend basah (utk cili boh).. yang blend basah ni biasa lepas da blend tu, dee akak masak kjap atas dapur utk keringkan air dia sket pastu letak garam dan asam keping utk bagi cili tu tahan lama dan sedap.

3/ Semua bahan yang dah siap Disiang, Dipotong, Disimpan dan Dilabel kat bekas ikut hari.
(Nak bahagikan ikut hari yang korang nak masak pon boleh)

>>Last but not least..Da sampai part yang agak tedious sket tapi prinsip Dapur Dee, biar leceh sekarang, Jangan leceh kemudian..

>>Ok cara nak simpan barang basah dalam freezer plak, simpan dalam plastik atau container yang berasingan. Macam Dee, sebab peti sejuk kat rumah ni version lamanyer peti sejuk, ruang sejuk beku tak berapa nak luas, so nak jimat ruang, Dee pakai plastic untuk  letak sandwich tu (Giant) atau plastic bungkus double safety (IKEA) untuk simpan barang barang basah ikut keperluan memasak..
Contoh:
>>Kalau Dee beli ikan kembung 12 ekor, Dee akan bahagikan 3 ekor ikan seplastik, boleh dapat 4 bungkus untuk 4 kali masak. Kalau ayam plak, Dee suke bahagi2 kan ikut bahagian, 1 bahagian tu Isi jer (pecah 2 plastik), 1 bahagian tu plak part Isi+Tulang include leher/ kaki/hempedal/jantung etc and 1 part lagi tu, Dee panggil the Best Part untuk (wing & drumstick) jer.

>>So nanti bila Dee nak masak, Dee cuma keluarkan 1 bahagian plastic ikan/ayam yang nak dimasak jer. Tak perlu nak defrost semua sekali. Barang basah akan cepat rosak kalau kita defrost-freeze-defrost-freeze banyak kali.

>>Cara nak simpan sayur plak berbeza sket. Sebab sayur cepat rosak lepas dipotong. So untuk bagi dia tahan lama dan kekalkan kesegaran dia, kita kena balut dia pakai Aluminium Foil. Sayur yg mudah berair, balut dalam aluminium foil yang berasingan ikut spesies dorang jer macam contoh tomato dgn tomato gituu..

>>Dee guna Heavy Duty Aluminium Foil jenama Diamond sebab dia tebal dan tahan lasak. Bila unfold banyak-banyak kali pon tak koyak. Boleh reuse balik, basuh dan guna berkali-kali. Jimat dah kat situ.

>>Sekian sahaja 3 Tips Mudah Masak Ontime yang tak seberapa dari Dee ni. Fuhh.. panjang jugak Dee bebel kat sini 
😂. Terima kasih korang gigih baca sampai habis..

>>Dee harap lepas ni korang yang supermom, super busy out there boleh cuba malkan tips-tips ni so kehidupan korang akan lebih bersistematik, lebih bersemangat dan lebih gembira..Yeayy!!

Lots of Love from Me..XOXO
Till we met again in my next post.. Tata
TERTer

No comments:

Post a Comment

BAHAGIAN-BAHAGIAN DALAM PREMIUM BEAUTIFUL

Basically, Premium Beautiful  ada  3 bahagian untuk dikategorikan sebagai 1 set lengkap iaitu: Long Bra Waist Nipper Long Girdle ...