Tuesday, December 20, 2016

ADA APA DENGAN NAMA SAYA

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah blog ini terhasil secara tak langsung dari keinginan Dee untuk menulis dan berkongsi perjalanan Dee bersama S.H.O.M. untuk dijadikan sebagai Jurnal Inspirasi buat rakan-rakan alam maya di luar sana. 

Sebagai mukadimah untuk first entry blog ni, Dee suka nak berkongsi dengan sahabat-sahabat hebat Dee tentang maksud di sebalik nama penuh yg Dee pakai sejak lahir ni. Nama yang akan Dee bawa ke mana-mana sahaja, nama yang digunakan semasa akad nikah, nama yang akan dipanggil oleh suami dan anak-anak dan  nama yang akan dipanggil sampai ke akhir hayat Dee higgalah ke generasi selepas Dee nanti. Nama diberi RADHIAH BINTI RAJIMIN..dah 30 tahun Dee pakai nama ni rupanyer..


Abu Daud meriwayatkan dari Abi Darda' ra. bahwa Nabi saw. bersabda:

“Sesungguhnya kamu dipanggil pada hari kiamat dengan nama-namamu dan nama-nama bapak-bapakmu, maka baikkanlah nama-namamu.” 

Maksud disebalik nama yang diberi oleh Ummi & Baba Dee ini ialah:

  "HAMBA YANG DI-REDHAI" 

Sejak kecik lagi Dee selalu tanya kat Ummi Dee ape maksud nama RADHIAH? Macam mana boleh bagi nama tu?, Kenape nama tu pendek sgt? Kenape takde ‘Nur’ ke ‘Siti’ ke kat depan? Kenape name tu ada 7 huruf jer?..hehe..biasala budak kecik, sel-sel otak tengah berhubung, jadi semua benda curious nk tau. 

Seingat Dee yang cuma Ummi bagitau, nama RADHIAH diambil sempena dengan nama salah seorang Pensyarah Universiti Ummi yang Ummi suka dan sayang sangat masa Ummi belajar kat Makkah, Saudi Arabia dulu. Ummi suka tengok pensyarah tu sebab cantik dan baik orangnya (mungkin dengan harapan anaknya ni nanti akan jadi macam Pensyarah tersebut..Aamin)

Kenapa nama RADHIAH ni singkat jer? tanya Dee lagi, Ummi cakap, Baba Dee yang nak namakan anak-anaknya dengan nama yang pendek tapi jelas maknanya, lagipun senang orang nak ingat, senang nak panggil, senang nak tulis dan isi dalam borang. Apa pun sebab dia, Dee tetap suke dan beruntung dengan nama yang Dee dapat ni terutama maksud di sebalik nama ni.. 

Ummi pernah bagitahu, kalau salah je sebutan nama Radhiah ni boleh membawa kepada maksud jahat, sebab tu la ejaan nama Dee pon lain sikit.. tapi tak semua orang pandai sebut nama Radhiah ni.. nampak je macam senang kann.. sebab sebutan RADHIAH haruslah dalam sebutan Bahasa Arab.

Mase Dee kecil-kecil dulu Ummi panggil dengan nama Dyah.. bila da besar-besar ni, Ummi panggil dengan gelaran pangkat @ nama penuh (time Ummi marah.. atau bila da panggil banyak kali tapi Dee tak dengar..hehe).

Dalam rumah Dee dipanggil Kak Long, Long, Linda (nama samaran la konon akibat terpengaruh dengan drama time kecik dulu). Masa zaman sekolah, ada yang panggil dengan macam-macam gelaran i.e: Rad, Red, Rat, Rod, Radhi OAG..etc..

Masuk MRSM (Form 4).. mula cari identiti sendiri.. Mula-mula kenal kan diri, minta kawan-kawan panggil dengan nama DeE.. dan nama tu melekat sampilah masuk PLKN, MATRIKS, UNIVERSITI.. tapi itu pun still ade gak yang panggil dengan nama lain lagi hahaha.. Keluarga Mertua panggil Radhi..Suami panggil Ayang.. Anak-anak lagi laa lari MAMA terus..hehe 

Cuma yang buat Dee terdetik kadang kadang, maksud disebalik nama Dee ni besar pengaruhnya dan banyak membantu kehidupan Dee dulu, Kini dan Akan Datang.. Apa maksud Di-REDHAI sebenarnya? Apa yang Dee faham dengan maksud REDHA? Dan adakah disebabkan maksud REDHA ini juga yang menjadikan diri Dee pada hari ini?

Dipetik dari salah satu laman yang Dee lawati ada menerangkan maksud REDHA..

"Redha ialah menerima dengan rasa senang hati, lapang dada, atas segala apa yang telah ALLAH tentukan, baik berbentuk hukuman (arahan) atau qada’ ketentuan ALLAH SWT.

Redha ini, kita rasa bersyukur dengan apa yang ALLAH berikan kepada kita. Jika sampai kepada kita ujian, bala, atau keburukan, kita bersangka baik kepadaNya. Bila sampai kebaikan, kesenangan dan kelapangan, kita semakin menambah ketaatan kita.

Dengan redha inilah, hati kita menjadi lapang dalam meneruskan kehidupan. Dengan redha ini jugalah, kita akan mencapai kekuatan"

Dee ada jugak tanya dengan Encik Google What does the name "Radhiah" mean? dan ini jawapan Encik Google bagi..hehe

R is for radiant, it's your personality!
A is for amenable, for your easy going nature.
D is for delight, a surprise from within.
H is for happy, your wonderful laugh.
I is for intense, your zest of living.
A is for affirm, the certainty of knowledge.
H is for heavenly, your spirit is strong.

 Ni gambar Dee masa Konvo Master kat UPM Oktober 2016 hari tu..

Sekian dari Dee.. Nak bagitahu maksud nama jer sekali terpanjang pulak sampai sini..hehe.. Terima kasih sebab gigih korang baca sampai habis..

Wallahualam...


Ps: Ape maksud nama korang pula yer?


No comments:

Post a Comment

BAHAGIAN-BAHAGIAN DALAM PREMIUM BEAUTIFUL

Basically, Premium Beautiful  ada  3 bahagian untuk dikategorikan sebagai 1 set lengkap iaitu: Long Bra Waist Nipper Long Girdle ...